Saturday 14 June 2014

Mari Bermain Pasir!!

Pelbagai jenis permainan untuk anak kecil di pasaran bukanlah untuk keseronokan semata-mata. Jika ibu bapa pandai memilih jenis permainan untuk anak mereka, ia mampu membantu perkembangan mental dan fizikal.
Bermain pasir merupakan antara permainan yang memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak. Jari-jemari kecil yang menggenggam, mengepal serta membentuk pasir dapat membantu perkembangan deria sentuhan dan mengasah skil pergerakan jemari yang halus (fine sensorimotor skills). Selain itu, daya kreativiti dan imaginasi anak anda juga dapat ditingkatkan.
Bermain dengan pasir bukan sekadar bermain tetapi ia juga merupakan sebuah proses pembelajaran yang dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak anda. Kesemua faedah bermain pasir ini sememangnya dapat menjadikan anak anda lebih pintar dan cergas.

Sumber : http://keluargabaru.com/

Kenali Maria Montessori

sumber: wikimedia.org

Maria Montessori adalah pengasas kepada Model Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak.

Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi. 

 PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. 
    Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;


    a. Minda yang mudah menyerap 
  • Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

    b. Persekitaran yang tersedia 
  • Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

    c. Didikan diri  
  •  Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

    d. Bahan pembelajaran 
  • Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. 
    Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. 
  • Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.


3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.


4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.


5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.


7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.


8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.


9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.


Aktiviti seni yang dipraktikkan oleh kanak-kanak dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka. - Guru sebagai penunjuk cara.


Prinsip-prinsip dalam kaedah Montessori



1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

2. Konsep kebebasan.

3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar.

4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh.

5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.


6. Pentingnya disiplin diri.


7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.


8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.

9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.


10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah

membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Praktikal adap ke tandas - Membentuk akhlak dan memupuk disiplin dalam diri kanak-kanak


Rujukan : 
http://sayaainyazid.blogspot.com/
http://mariamontessori.com/mm/

Wednesday 11 June 2014

Tadika Pohon Ilmu Di Nusari Aman 2

PLAYEDU LAND Dan 
Pendidikan Komprehensif Mampu Biaya


* Berdaftar dengan KPM
* Kemahiran yang ditawarkan :
         - Membaca, menulis , mengira dan membina.
         - Medium perantaraan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
         - Guru yang terlatih dan berkelayakan.
         - Menggunakan kurikulum KPM.
         - Asas Iqra' , Qiraati dan Al-Quran.
         - Asas-asas Fardhu Ain.
* Kemudahan dan prasarana yang lengkap untuk perkembangan kanak-kanak.
* Menawarkan sesi pagi dan petang.
* Pendaftaran sepanjang tahun.